Saturday, October 3, 2009

2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor

Dalam usaha memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) terhadap kepentingan mengurangkan pembebasan karbon dalam kampus dan memastikan persekitaran yang lestari, Majlis Perwakilan Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM) bersama-sama Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) akan mengadakan acara 2 Jam Tanpa Kenderaan Bermotor pada hari Selasa, 20 Oktober 2009, jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Menurut Pengarah Projek, pada tarikh dan masa tersebut, tidak ada pergerakan kenderaan bermotor dalam kampus-kampus USM, di kampus induk Pulau Pinang, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan, kecuali untuk kes kecemasan sahaja.

Kempen ini adalah untuk memastikan kesedaran timbul dalam kalangan seluruh warga kampus untuk mengurangkan pembebasan karbon dari kenderaan bermotor meliputi kereta, motosikal, bas dan sebagainya yang boleh memberi impak negative kepada alam sekitar,?kata Pengarah Projek.

1 comment:

  1. Why just 2 hours? USM is full of vehicles. JK should stop cars or motorbike without sticker in and out from USM. Besides, I can see a lot of heavy vehicle in and out from USM too, this is very dangerous to USM student. This project should held at least 1 week or min 1 day in order to be sustainable.

    ReplyDelete